Penafian Najib Tun Razak Altantuya Shaariibuu

Setelah sekian lama kes Altantuya ini berlangsung dan pelbagai khabar angin mengenai penglibatan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, barulah kes ini dinafikan secara rasmi pada 1 Mei 2008. Semasa dan sebelum pilihan raya 2008, nama beliau diperkatakan oleh pihak pembangkang akan tetapi Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu hanya 'mendiamkan' diri sahaja.[4]

Pada 1 Mei 2008, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melalui setiausaha akhbarnya Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad menafikan sekeras-kerasnya beliau terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu. Antara kenyataan dan penafian itu termasuklah:

  • Tidak pernah mengenali wanita Mongolia itu dan tidak pernah bertemu dengan mangsa terbabit.[5][6]
  • Dakwaan seorang saksi kes Altantuya bahawa Altantuya pernah makan bersama dengan Razak Baginda dan individu bernama 'Najib Razak' tidak pernah disahkan . Malahan kredibiliti saksi itu juga tidak pernah diteliti oleh pihak penyiasat mahupun pihak mahkamah.[7][8]
  • Konon-kononnya ada sekeping gambar Altantuya dengan Razak Baginda dan 'Najib Razak' tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak termasuk oleh pemimpin utama pembangkang. Hanya wujud gambar rekaan yang terbukti palsu.
  • Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tidak ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya.
  • Beliau juga tidak pernah menyokong permohonan visa Altantuya untuk datang ke Malaysia.[9]
  • Beliau juga menafikan sengaja menghapuskan rekod Jabatan Imigresen Malaysia berhubung kedatangan Altantuya ke Malaysia.
  • Semua kenyataan-kenyataan ini merupakan 'hearsay' yang tidak pernah dibuktikan kesahihannya. Malangnya artikel dalam Malaysia Today oleh Raja Petra Kamaruddin menyiarkan kenyataan itu seolah-olah ia adalah fakta sebenar.
  • Kes pembunuhan Altantuya tidak bersangkut-paut dengan pembelian kapal selam yang dibeli oleh kerajaan Malaysia. Kementerian Pertahanan Malaysia memang ada membeli kapal selam tersebut tetapi tidak pernah melibatkan wanita bernama Altantuya.
  • Namun beberapa individu-individu lain memang beliau kenali dan lantaran itu cuba menahan ditri dan mengelak daripada membuat sebarang kenyataan tentang kes Altantuya.
  • Sebarang kenyataan daripada pihak eksekutif negara pasti mengundang salah faham dan dianggap sebagai mencampuri urusan mahkamah. Sehingga 1 Mei 2008, perbicaraan kes Altantuya masih berlarut-larut kepada isu-isu teknikal.[10]
  • Pada 2011, Raja Petra mendakwa, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil-alih sebagai Perdana Menteri.[11]
  • Pada 9 April 2015, Najib Razak telah ditemu bual khas dan mengulangi penafian tidak mempunyai kaitan dan mengenali Altantuya Shaariibuu.[12]

Rujukan

WikiPedia: Altantuya Shaariibuu http://www.asiasentinel.com/index.php?option=com_c... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/transkri... http://www.atimes.com/atimes/Southeast_Asia/IG12Ae... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.iht.com/articles/ap/2008/07/03/asia/AS-... http://klpos.com/v2/index.php?option=com_content&t... http://blog.limkitsiang.com/2008/05/02/police-afte... http://www.malaysiakini.com/news/161526 http://www.malaysiakini.com/news/82235 http://www.nationmultimedia.com/2009/03/13/opinion...